Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday 29 March 2011

Ya Hamalatul Quran..!


Wahai UMAT QURAN!
‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara
Langit” di bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan
segala kepenuhan dan ketekunan.
Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya
Langit” yang mampu menyapu kegelapan.
Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan Bumi dengan Langit
tidak patah atau terputus.

 Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan. Barisan dan kesatuan Umat.
Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak
atau menentang kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan
seruan kebenaran.
Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia
ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

 Worabbaka fakabbir
Besarkan Tuhanmu, di atas segala! Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada
kekuasaan yang menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan
urusan dan kepentingan menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar.
Fana, lenyap dan binasa segala dalam ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya
yang akan menimpa.
Tiada harapan selain dan ke RidhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung
dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.

 Wathiabaka fathahhir! 
Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu! Hanya  dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah
ini dapat engkau jalankan.
Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang
berlumur dosa dan noda.   
Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini.
Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusai menempuh tugas dan beban berat
ini.
Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati.
Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan
manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia
dan manusia.

  Warrujza fahjur !
Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat! Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan
wajah riwayatmu.
Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan
maksiat, Namamu akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan
jauhi.
Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu dan maksiat dan
mungkarat dan dosa dan noda.
Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab  kehancuran dan kebinasaan,
jikalau maksiat dan mungkarat telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan
mungkar yang harus roboh, adalah program perjuanganmu. A1-Haq yang mesti dimenangi dan
bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.

 Wala tumnun tastakthir’
Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!
Jalankan tugas ini tanpa mengharapran balasan dan ganjaran dan manusia ramai.
Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian,
keuntungan benda dan material.
Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah
tanpa engkau, masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan, pegangan?
Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita?
Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan,
kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini
seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.
Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

  Walirabbika fasybir !
Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar!
Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala
kesabaran dan ketahanan.
Sabar menerima musyibah yang menimpa,  ujian dan percubaan yang datang silih
berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu
berpucuk dan berbuah. 
Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak
seimbang dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan. Hanya Ummat yang sabar yang
akan mendapat kejayaan sejati dan kemenangan hakiki. Hanya Ummat yang sabar yang akan
sampai kepada tujuan.
Haza dzikrun!
Inilah enam peringatan dan enam arahan!
Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru.

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb) 

No comments:

Post a Comment