Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday 28 March 2011

Umar bin Al-Khattab RA


Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Bathil

Muqaddimah
Khalifah Umar bin Al-Khattab ra merupakan khalifah Islam yang kedua selepas Khalifah Abu Bakar ra. Perlantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar.
Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan berkedudukan tinggi.
Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan dewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang dagangan. Waktu Jahiliah beliau pernah menjadi pendamai waktu terjadi pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang berani, tegas dalam kira bicara, berterus terang menyatakan fikiran dan pandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagai pemidato dan juga ahli gusti.
Ibnu Umar Al Khattab dijelaskan sebagai seorang adil-malu dengan wajahnya yang kemerah-merahan, tinggi besar, yang cepat bergerak, dan pejuang yang handal dan penunggang kuda yang cekap. Dia masuk Islam pada tahun 6 dari kenabian, di usia dua puluh tujuh. Ini adalah akibat dari doa Nabi Mohammad:

No comments:

Post a Comment