Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tarbiyyah

TARBIYAH BEKALAN UTAMA DALAM DAKWAH
Bismillahirrahmanirrahim..... 
Assalamualaikum ikhwan dan akhowat yg dimuliakan Allah,

Ana suka memetik kata-kata daripada Syeikh mustafa Masyur, beliau berkata : " Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya tidak akan dapat di raih tanpa tarbiyah "
Jelas di sini betapa pentingnya tarbiyah...tapi apa sebenarnya TARBIYAH ni?

Makna Ringkas Tarbiyah
Sebenarnya apakah makna tarbiyah yang difahami baik oleh seorang da’ie dan orang yang diseru? 
Tarbiyah mudahnya ialah kata terbitan daripada akar kalimah arab yang bermaksud `rabba’. Rabba terdapat berbagai makna antaranya `jaga, didik, menguasai dan membesarkan’ . Salah satu cabang kefahaman tauhid seorang Muslim ialah meyakini Allah bersifat rububiyah iaitu Allah berkuasa menjaga, mentadbir, menguasai seluruh alam. Sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Fatihah. Segala pujian hanya kepada Rabb al-Alamin.

Secara mudahnya, kalimah tarbiyah ini boleh difahami sebagai penjagaan, penguasaan, pendidikan, ataupun kalimah ini sudah dimelayukan iaitu pentarbiyahan. Apabila disebut tarbiyah selalunya, secara umumnya dikaitkan dengan pentarbiyahan Islamiyah.

Imam Hassan al-Banna mengajak kita ke arah tarbiyah dan  beliau menegaskan akan pentingnya keteguhan setiap individu terhadap tarbiyah danmujahadah’ (kesungguhan) untuk menjadi tiang yang kukuh dan generasi yang sempurna.

Beliau berkata :
“Bahwa ma’rakah’ (perjuangan) kita paling utama adalah tarbiyah” yang disuburkan di tengah-tengah umat akan kefahaman bahawa apapun bentuk dakwah yang tidak di asaskan kepada kerja tarbiyah pada hakikatnya adalah ibarat fatamorgana yang menipu.”



Tarbiyah menurut Al-Ikhwan pula adalah satu-satunya jalan untuk :
1.      Membangun generasi yang soleh dan bertaqwa.
2.      Mewujudkan peribadi muslim yang jujur.
3.      Membentuk dan memiliki jiwa pejuang.
Al-Ikhwan memahami bahawa tarbiyah :
a.       Memerlukan jalan yang panjang dan berat.
b.      Memiliki banyak rintangan dan hambatan.
sehingga tidak ada yang mampu bersabar melaksanakannya kecuali hanya sedikit sahaja

Marilah kita berusaha mengulang kembali peta kehidupan para sahabat nabi saw dalam diri kita, para pembawa bendera dakwah. Sesungguhnya mereka telah berjaya merealisasikan tugas utama mereka iaitu memakmurkan bumi dan menjadi khilafah di dalamnya,
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa”. (An-Nuur : 55)
Kini tugas tersebut perlu kita warisi… Mewarisi? Apa erti kita mewarisi tugas tersebut?
Mengapa ada di kalangan da’ie yang memberi-beri alasan bahawa diri tidak bersedia atau belum sampai marhalahnya lagi…! Apakah maknanya kita juga tidak bersedia mewarisi risalah yang mulia ini.. 
Mari kita kembali menghayati seerah para sahabat Rasulullah saw. Ternyata para sahabat saw sentiasa mencari posisi/kedudukan mereka di sisi Allah, sentiasa mencari erti tujuan hidup mereka, dan apa yang mereka ingin wujudkan dari nilai-nilai Islam dalam jiwa mereka sebelum mereka berusaha melihatnya secara nyata terwujud di muka bumi; untuk bergerak dengan dakwah, seperti Al-Quran berjalan ditengah manusia pada setiap tempat.
Subhanallah, kini semakin sedar dan fahamlah kita bahawa besarnya amanah untuk umat Islam, iaitu menjaga risalah Allah di muka bumi ini, memiliki martabat ustadziyah alam di dunia, menyebarluaskan dakwah & tarbiah kepada semua masyarakat.

Dan jangan lupa bahawa medan kerja menuntut ketekunan dalam setiap marhalah dan wasilah. Jangan biarkan dakwah tenggelam dalam suasana kemalasan dan kelemahan dan keterbelakangan dalam mengepalai peradaban, namun jadilah selamanya untuk membangun dunia yang sedang mengalami kehancuran, jadilah pohon kurma yang memberikan keteduhan dari kejamnya kezaliman & ketidakpedulian, melemparnya dengan buah terhadap penyerang yang melemparnya dengan batu; semoga Allah melihat hati-hati kalian yang berurusan dengan Deen-Nya beroleh kejayaan dan perbaikan, sehingga menganugerahkan kepada umat, bahawa janjinya tetap dan cita-cita orang yang ikhlas pasti akan terbina.

“Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”. (Al-Qashash : 5).
“…Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya. (Yusuf : 21)
Salam motivasi iman, salam kesegaran dakwah dan salam ketekunan dalam jalan tarbiah....
READ MORE - Tarbiyyah