Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts

Monday, 28 March 2011

Cara Miliki Sifat Taqwa

SABAN minggu khatib dalam khutbahnya mengingatkan mengenai ketakwaan kepada Allah. Persoalannya, adakah kita faham erti takwa?
Dalam bahasa Arab, perkataan ‘takwa’ berasal dari kata kerja ‘ittaqa’ bermaksdu ‘berwaspada dan berjaga-jaga’ atau ‘takut kepada Allah dan menjauhi segala larangan-Nya’.
Ittaqa juga bermaksud ‘menjadikannya pelindung daripada sesuatu perkara’.

Jelaslah, takwa bukan saja membawa maksud takut kepada Allah, malah menjadikannya pelindung dan pemelihara kita daripada sebarang perkara buruk dan bahaya.
Ketinggian tahap takwa amat jelas apabila ia dijadikan ukuran kepada pemilihan hamba Allah S.W.T yang dipandang mulia di sisi-Nya.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menggunakan perkataan takwa atau perkataan yang membawa maksud takwa menggunakan bentuk yang berbeza seperti dalam bentuk kata perintah seperti ‘ittaquu’ yang bermaksud ‘bertakwalah kamu’ atau kata nama yang merujuk kepada golongan bertakwa seperti perkataan ‘muttaqin’.
Beberapa perkara yang dikaitkan dengan takwa menerusi ayat al-Quran perlu diteliti, antaranya berbuat baik sesama insan serta bermaaf-maafan.
Ayat berkenaan berkaitan dengan hubungan suami dan isteri yang sudah bercerai. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa. Dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 237).
Sentiasa berlaku adil. Perkara terbabit dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: ‘Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Ma’idah, ayat 8).
Melakukan amalan dengan keikhlasan. Allah menjelaskan perkara ini serta mengambil ibadah korban sebagai contoh, firman Allah yang bermaksud: “Daging dan darah haiwan korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu.” (Surah al-Hajj, ayat 37).
Melaksanakan perintah Allah dengan penuh kesabaran. Hal ini dijelaskan Allah dalam al-Quran serta mengambil contoh perintah solat bagi menggambarkan ibadah yang diperintahkan Allah sememangnya memerlukan kesabaran dalam pelaksanaannya.

Gangguan syaitan dan juga dorongan nafsu manusia yang mengarah kepada keburukan akan sentiasa menjadi penghalang utama kepada pelaksanaan ibadah dan perintah Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan perintahlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Toha, ayat 132).

Menjaga hak orang lain dan memenuhi janji. Firman Allah bermaksud: “Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertakwa.” (Surah Ali ‘Imraan, ayat 76).
Berdasarkan beberapa potong ayat di atas, jelas kepada kita untuk mencapai ketakwaan kepada Allah ia berkait rapat dengan amalan jiwa atau dalaman seseorang Muslim.
Dapat disimpulkan sifat terpuji mestilah sentiasa disemai dalam diri setiap individu Muslim bagi mencapai ketakwaan yang sebenar.

Berbaik sangka sesama manusia, mudah memberi dan meminta maaf, sabar, adil, ikhlas, memenuhi janji, berkasih sayang, reda antara amalan hati yang boleh membentuk peribadi yang terpuji serta menjadi prasyarat penting dalam mencapai martabat golongan yang bertakwa.
Tanpa takwa yang sebenar dalam diri, segala perintah Allah yang dilaksanakan tidak membawa sebarang faedah kepada diri serta kehidupan dunia dan akhirat.
Marilah sama-sama kita berusaha menyuburkan rohani dan jiwa dengan sifat terpuji seperti dibuktikan Rasulullah melalui keperibadiannya yang tinggi serta luhur.
Allah menyatakan takwa itu sepatutnya dijadikan pakaian bagi diri setiap Muslim dan ia sebaik-baik pakaian. Firman Allah yang bermaksud:”Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26).
Ibnu Kathir dalam tafsirnya Tafsir al-Qur’an al-’Azim sebagai berkata beberapa pendapat ulama tafsir mengenai makna ‘pakaian’ dalam ayat itu.
Ikrimah menyatakan yang dimaksudkan dengan pakaian itu ialah pakaian yang dipakai orang bertakwa pada Hari Kiamat.

Qatadah pula menafsirkan yang dimaksudkan dengan ‘pakaian takwa’ itu adalah iman, manakala al-’Aufi mengambil pendapat Ibn Abbas yang menafsirkan ‘pakaian takwa’ itu sebagai amal soleh. (Beirut: Dar Ibn Hazm, 1998, juzu’ 3, halaman 1418)
Menurut Ibn Kathir semua maksud itu membawa pengertian dan tujuan sama. Perumpamaan itu jelas bahawa takwa amat penting dan setiap Muslim wajib memilikinya serta terus melakukan amalan yang dapat meningkatkannya.

Sesungguhnya ganjaran syurga milik mereka yang tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang muttaqin. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan dalam beberapa taman syurga dengan mata air terpancar padanya.” (Surah al-Hijr, ayat 45).

sumber : www.Halaqah.net

READ MORE - Cara Miliki Sifat Taqwa

Thursday, 24 March 2011

Jom Istiqomah!

Setiap muslim yang telah berikrar bahawa Allah Rabbnya, Islam agamanya dan Muhammad sollallahu ’alaihi wasallam Rasulnya, harus sentiasa memahami erti ikrar ini dan mampu merealisasikan nilai-nilainya dalam realiti kehidupannya. Setiap dimensi kehidupannya harus terwarnai dengan nilai-nilai tersebut baik dalam suasana aman maupun terancam. Namun dalam realiti kehidupan dan fenomena umat, kita menyedari bahawa tidak setiap orang yang memiliki pemahaman yang baik tentang Islam mampu meimplementasikan dalam seluruh sisi-sisi kehidupannya. Dan orang yang mampu mengimplementasikannya belum tentu mampu bertahan sesuai yang diharapkan Islam, iaitu komitmen dan istiqomah dalam memegang ajarannya dalam sepanjang perjalanan hidupnya. Maka istiqomah dalam memegang tali Islam merupakan kewajiban asasi dan sebuah kemestian bagi hamba-hamba Allah yang menginginkan husnul khatimah dan harapan-harapan syurgaNya. Rasulullah saw bersabda:
“Mendekatlah dan tepatlah dan ketahuilah sesungguhnya tidak ada seorang pun dari kalian yang selamat dengan amalnya.” Mereka bertanya, “Dan juga kamu Ya Rasulullah?” Beliau bersabda, “Dan juga aku (tidak selamat juga) hanya saja Allah swt telah meliputiku dengan rahmat dan anugerah-Nya.” (HR Muslim dari Abu Hurairah)

Istiqamah bukan hanya diperintahkan kepada manusia biasa saja, akan tetapi istiqamah ini juga diperintahkan kepada manusia-manusia besar sepanjang sejarah peradaban dunia, iaitu para Nabi dan Rasul. Perhatikan ayat berikut ini:
“Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (QS Hud, 11:112)

Definisi
Istiqomah adalah lawan daripada thughyan (penyimpangan atau melampaui batas). Ia dari egi bahasa bermaksud berdiri tegak di suatu tempat tanpa pernah condong, kerana akar kata istiqamah dari kata “qooma” yang bererti berdiri. Maka secara etimologi, istiqomah bererti tegak lurus.
Secara terminologi, istiqomah mampu diertikan dengan beberapa pengertian berikut ini:

-Abu Bakar As-Shiddiq ra ketika ditanya tentang istiqomah ia menjawab bahawa istiqomah adalah kemurnian tauhid (tidak boleh menyekutukan Allah dengan apa dan siapa pun).

-Umar bin Khattab ra berkata, “Istiqomah adalah komitmen terhadap perintah dan larangan dan tidak boleh menipu sebagaimana tipuan musang.”

-Utsman bin Affan ra berkata, “Istiqomah adalah mengikhlaskan amal kepada Allah swt.”

-Ali bin Abu Thalib ra berkata, “Istiqomah adalah melaksanakan kewajiban-kewajiban.”

-Al-Hasan berkata, “Istiqomah adalah melakukan ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.”

-Mujahid berkata, “Istiqomah adalah komitmen terhadap syahadat tauhid sampai bertemu dengan Allah swt.”

-Ibnu Taimiah berkata, “Mereka beristiqomah dalam mencintai dan beribadah kepada-Nya tanpa melihat ke kiri atau ke kanan.”

Jadi muslim yang beristiqomah adalah muslim yang selalu mempertahankan keimanan dan akidahnya dalam situasi dan suasana apapun. Ia umpama batu karang yang tegar menghadapi gempuran ombak-ombak yang datang silih berganti. Ia tidak mudah goyah atau mengalami futur dan penurunan dalam perjalanan dakwah. Ia sentiasa sabar dalam menghadapi seluruh godaan dalam medan dakwah yang dipikulnya. Meskipun tahapan dakwah dan tokoh pimpinannya mengalami perubahan. Itulah manusia muslim yang sesungguhnya, selalu istiqamah dalam sepanjang jalan dan di seluruh tahapan-tahapan dakwah.

Dalil-dalil dan Asas Istiqomah
Dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw banyak sekali ayat dan hadis yang berkaitan dengan masalah istiqomah di antaranya adalah,
“Maka tetaplah (istiqomahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (QS Hud, 11:112)

Berkaitan dengan ayat ini, betapa Rasulullah sollallahu ’alaihi wasallam pernah mengungkapkan beliau beruban disebabkan amanah daripada ayat ini seperti yg dicatatkan dalam hadis ini:
Daripada Uqbah bin Amir dan Abu Juhaifah, Rasulullah sollallahu ’alaihi wasallam bersabda; “Telah membuat aku beruban (surah) Hud dan saudara-saudaranya.” (Diriwayatkan oleh At-Thobroni)

Betapa besar dan berat perintah untuk istiqomah dari Allah ta’ala kepada kita sehinggakan Rasul makhluk termulia pun beruban ketika memahami ayat ini, bagaimanapula kita? Biasanya kita beruban disebabkan sibuk sangat mengejar dunia meninggalkan akhirat sehingga tidak sedar kita sudah tua beruban dan sangat dekat dengan kematian.

Ayat ini juga mengisyaratkan kepada kita bahawa Rasullah dan orang-orang yang bertaubat bersamanya mesti beristiqomah sebagaimana yang telah diperintahkan. Istiqomah dalam mabda (dasar atau awal pemberangkatan), minhaj dan hadaf (tujuan) yang digariskan dan tidak boleh menyimpang dari perintah-perintah ilahiah.

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan, “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu”. (QS Fussilat, 41:30)

“Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Fussilat, 41: 31-32)

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqomah maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.”(QS Al-Ahqaf, 46:13-14)

Lima ayat di atas menggambarkan kepentingan istiqamah setelah beriman dan pahala besar yang dijanjikan Allah SWT seperti hilangnya rasa takut, terhapusnya kesedihan dan syurga bagi hamba-hamba Allah yang sentiasa memperjuangkan nilai-nilai keimanan dalam setiap suasana atau situasi apapun. Hal ini juga dikuatkan beberapa hadits nabi di bawah ini:
“Aku berkata, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada seorang pun selain engkau.” Beliau bersabda, “Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqomahlah (jangan menyimpang).”” (HR Muslim dari Sufyan bin Abdullah)

Selain ayat-ayat dan beberapa hadits di atas, ada beberapa pernyataan ulama tentang kepentingan istiqamah sebagaimana berikut:
Sebagian orang-orang arif berkata,
“Jadilah kamu orang yang memiliki istiqomah, tidak menjadi orang yang mencari karomah, kerana sesungguhnya dirimu bergerak untuk mencari karomah sementara Robbmu menuntutmu untuk beristiqomah.”
Syekh Al-Islam Ibnu Taimiyah berkata,
“Sebesar-besar karomah adalah memegang istiqamah.” 
READ MORE - Jom Istiqomah!

Teka Teki AlGhazali..=)

Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…
Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pastinya akan merasakan mati
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali-Imran : 185)

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Walau bagaimanapun kita, walau apapun kenderaan kita, kita tetap tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan syari`at islam.
Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. Hawa nafsu yang besar mampu mendominasi diri baik dari keinginan, sikap mahupun kelakuan sehingga tidak mampu dikawal.
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. (Surah Al A’raf : 179).
Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah Al-Ahzab : 72).
[*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga ada manusia yang masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah ini.
Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita melengah dan meninggalkan solat.
Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
READ MORE - Teka Teki AlGhazali..=)

'DEMI MASA'..Manusia selalu terlupa..

1 hari = 24jam
1 TAHUN?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<60 thn
>70 thn
60 - 70 thn
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 - 70thn (majoriti). Puratanya 65thn.
"Baligh : start ntk seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"

Lelaki : 15 thn
Wanita : 12 thn
Usia yg adauntuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya : Mati - Baligh = Baki usia, :- 65 - 15 = 50thn
50 tahun digunakan untuk apa??

Catatan :
50 tahun =
18250 hari =
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam 1 hari 1 malam

Gambaran kasarnya :
Mari kita muhasabah bersama.......
Waktu kita tidur lebih kurang 8 jam sehari,
Dalam 50 tahun waktu yang habis di gunakan untuk tidur 18250 hari x 8 jam = 146000 jam = 16 tahun 7 bulan, dibundarkan jadi 17 tahun
logiknya : Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia selamanya...

Waktu aktiviti kita di siang hari lebih kurang 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yg habis digunakan untuk aktiviti : 18250 hari x 12 jam = 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti di siang hari :Ada yang bekerja, bercinta, belajar @ mengajar, sekolah @ kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dll

Waktu rehat lebih kurang 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yg habis digunakan untuk rehat :18250 hari x 4 jam = 73000 jam = 8 tahun
Rehat : menonton tv, @ mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan...
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

so, Bila Nak Beribadah???
Allah berfirman yang bermaksud, " Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"
Maut datang menjemput, tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak berkuasa untuk berkata-kata,
Allah maha kuasa atas syurga dan neraka,
Terimalah habuanmu seadanya...
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan...Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar..
Memang benar!! Bekerja mencari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yg bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup mewah dan amat kurang sedekahnya." Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya"

so, Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi...!
Kerana kita fikir, solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang akan di hisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima!!??

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun?
1 solat = lbh kurang 10 minit....5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun, waktu yang digunakan untuk solat = 18250 hari x 1 jam = 18250 jam = 2 tahun

Khulasoh :
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yang solat 10 minit! lau yang mencuri-curi dalam solat..macam mana? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita...
itupun belum tentu solat kita bermakna, berpahala dan diterima. Sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun, dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang disengaja atau tidak, dalam peruturan kita yang serimg mengguris perasaan orang tua kita, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dengan dosa...

Penyelesaian :
Tiada kata terlambat walaupun waktu sering mencemburui kita, isilah ia dengan sesutu yang bermanfaat!!! ingatlah negeri kita...Yaumul akhirah yang kekal abadi....

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Asr, mafhumnya : 
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
READ MORE - 'DEMI MASA'..Manusia selalu terlupa..